Sabtu, 28 Jun 2008

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...."

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah, Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

Bacalah selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Antara 9 Mimpi Rasulullah S.A.W

Antara 9 Mimpi Rasulullah S.A.W

DARIPADA ABDUL RAHMAN BIN SAMURAH RA BERKATA,

NABI MUHAMMAD S.A.W
BERSABDA:


"SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG MENAKJUBKAN PADA MALAM AKU SEBELUM DI ISRAQKAN........"


1. AKU TELAH MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DI DATANG OLEH MALAIKATUL MAUT DENGAN KEADAAN YG AMAT MENGERUNKAN UNTUK MENGAMBIL NYAWANYA, MAKA MALAIKAT ITU TERHALANG PERBUATANNYA ITU DISEBABKAN OLEH KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DISEDIAKAN AZAB KUBUR YANG AMAT MENYIKSAKAN, DISELAMATKAN OLEH BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU SEDANG DIKERUMUNI OLEH SYAITAN-SYAITAN DAN IBLIS-IBLIS LAKHNATULLAH, MAKA IA DISELAMATKAN DENGAN BERKAT ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. AKU MELIHAT BAGAIMANA UMATKU DISERET DENGAN RANTAI YANG DIPERBUAT DARIPADA API NERAKA JAHANAM YANG DIMASUKKAN DARI MULUT DAN DIKELUARKAN RANTAI TERSEBUT KE DUBURNYA OLEH MALAIKUT AHZAB, TETAPI SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK TELAH MELEPASKANNYA DARI SEKSAAN ITU.

5. AKU MELIHAT UMATKU DITIMPA DAHAGA YANG AMAT BERAT,SETIAP KALI DIA MENDATANGI SATU TELAGA DI HALANG DARI MEMINUMNYA,KETIKA ITU DATANGLAH PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT MEMBERI MINUM HINGGA IA MERASA PUAS.

6. AKU MELIHAT UMATKU CUBA UNTUK MENDEKATI KUMPULAN PARA NABI YANG SEDANG DUDUK BERKUMPULAN-KUMPULAN,SETIAP KALI DIA DATANG DIA AKAN DIUSIR,MAKA MENJELMALAH MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA SAMBIL KE KUMPULANKU SERAYA DUDUK DISEBELAHKU.

7. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU BERADA DI DALAM KEADAN GELAP GELITA DI SEKELILINGNYA,SEDANGKAN DIA SENDIRI DI DALAM KEADAAN BINGGUNG,MAKA DATANGLAH PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT LALU MENGELUARKANNYA DARI KEGELAPAN KEPADA TEMPAT YANG TERANG - BENDERANG.

8. AKU MELIHAT UMATKU CUBA BERBICARA DENGAN GOLONGAN ORANG MUKMIN TETAPI MEREKA TIDAKPUN MEMBALAS BICARANYA MAKA MENJELMALAH SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU LALU MENYERU KEPADA MEREKA AGAR MENYAMBUT BICARANYA,LALU BERBICARA MEREKA DENGANNYA.

9. AKU MELIHAT UMATKU SEDANG MENEPIS-NEPIS PERCIKAN API KE MUKANYA,MAKA SEGERALAH MENJELMA PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT LALU MENABIR MUKA DAN KEPALANYA DARI BAHAYA API TERSEBUT.


BERSABDA RASULULLAH SAW:

" SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT "

Pemergian Insan Tersayang

Pemergianmu ya Rasul....

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunahku. Barang siapa mencintai sunahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,

Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.

Usman menghelakan nafas panjang dan

Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

Bolehkah saya masuk? tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

Maafkanlah, ayahku sedang demam.

Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orangnya seperti baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut (Izrail) Kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jinril lagi.

Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Tanya Rasulullah lagi.

Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya. kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.

Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

Usikum bis solati, wa maa malakat aimanukum

Peliharalah Solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatii - Umatku, umatku, umatku. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Siapakah yang lagi berhak untuk di cintai..?

 

ISLAM LANDASAN HIDUP ACUAN MUSLIM | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates